Knowledge and Tips

Tahukah Anda?

Hiasan Dalaman
Hiasan dalaman adalah rekaan terperinci dalam sesuatu ruang yang menggabungkan pelbagai element untuk mendapatkan konsep yang baik dan efektif. element berikut adalah seperti berikut:

1. Ruang
Kajian ruang adalah sangat penting untuk meneliti pelbagai sudut untuk membuat suatu rekaan untuk pemilik mendapatkan keselesaan yang optimum malah boleh membuat ruang yang kecil nampak seperti besar (less is more). seterusnya mendapatkan ukuran penuh pada ruang itu.


2. Peredaran Udara
pergerakan angin dalam ruang adalah sangat penting supaya ruang tidak panas.

3. Pencahayaan
Saiz dan kedudukan pintu dan tingkap akan menentukan jumlah pencahayaan dalam bilik. Keadaan pencahayaan  dalam bilik juga boleh membantu untuk membuat rekaan.

4. Saiz Perabot/Kabinet
Kajian ruang boleh membantu untuk membuat rekaan perabot/kabinet yang betul dari segi saiz dan rekaan hiasan dalaman. Saiz perbot/kabinet juga boleh menentukan keselesaan ruang tersebut.

5. Warna
Warna dinding dan lantai hendaklah harmoni dengan warna perabot/kabinet untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu pada bahagian bilik. Jika susah untuk memilih warna, boleh rujuk pada colour wheel.
 








0 comments:

Post a Comment